Saturday, 16 April 2011

Typical Malay Attitude

Salam everyone.. This is my first post & I don't want to come out with such heavy discussion.. Not yet.. Hari ni, aku cuma nak bercerita tentang "Attitude" kebanyakan employee Melayu.. Aku pun Melayu jugak tapi harap aku dijauhkan dari attitude macam ni.. Attitude pemalas & takde komitmen pada kerja.. Taklah aku katakan semua orang melayu sama.. Tapi kerana nila yang setitik, rosak susu sebelanga..

Salah satu yg aku perhatikan di pejabat-pejabat kerajaan.. Di pintu tertulis waktu urusan 2.15pm to 4.15pm.. Tapi aku tunggu sampai jam 2.35pm masih takde orang bukak pintu pun.. Lebih kurang 2.45pm, baru si kerani nak masuk.. Dah tahu masuk lambat, tiada pula "sense of urgency".. Aku pulak ingatkan bila dia dah masuk cepatlah sikit urusan aku.. Tapi tidak juga.. 5 minit selepas tu, si kerani beritahu aku suruh tunggu kejap sebab dia nak solat zohor dulu.. Kejadian ni berlaku di Pejabat Agama Islam Johor Bahru unit kaunseling..

Kalau ada sesiapa yg kata attitude seperti ini ialah attitude "pekerja gomen", meraka salah.. Bukan di jabatan kerajaan saja attitude seperti ini ada.. Keadaan yg hampir sama pernah aku alami di MMHE & beberapa pejabat kontraktor lain yg rata-rata front desknya diduduki oleh Malay women.. Macam satu hiburan bg diorang tengok orang tertunggu-tunggu & membuang masa..

Kalau kita tengok iklan jawatan kosong di surat khabar, macam-macam syarat kelayakan dicatatkan.. Tapi bila seseorang dah diambil bekerja, inikah hasilnya? Adakah iklan-iklan di surat khabar cuma satu gimik untuk tutup berlakunya "nepotism" dalam company, sedangkan yang akan diambil bekerja adalah di kalangan saudara-mara atau kawan-kawan? Atau adakah si penemuduga seorang yg tidak tahu apa-apa? Sepatutnya setiap pekerja diberi tempoh penilaian.. Dan majikan jangan teragak-agak untuk buang saja orang-orang yg tak berguna seperti ini..

Satu lagi isu yg aku cukup tak gemar ialah "solat zohor".. Solat itu wajib.. Tapi kebanyakan kompeni & jabatan waktu rehatnya ialah antara 1.00 pm hingga 2.00 pm.. Selama aku hidup di Malaysia ni belum pernah lagi ada azan zohor selepas pukul 1.45 pm (tolak di Sabah & Sarawak yg mungkin lebih awal).. Sepatutnya, waktu rehat dari jam 1.00 hingga 2.00 pm lebih dari cukup untuk mengerjakan solat zohor.. Kenapa bila dah balik ke ofis jam 2.15 pm baru nak solat? bukankan solat itu lebih afdal dikerjakan di awal waktu? Mungkin boleh dimaafkan jika sesekali ada yg sempat bersolat dalam waktu rehat.. Tapi kalau dah hari-hari macam tu bukan lagi satu excuse yg boleh diterima.. Kalau dipersoalkan mesti dikatakan kita ni tak Islamic & tak bagi diorang sembahyang.. Siapa yg tak bagi? Diorang lupa yang kerja juga satu amanah.. Bila kita terima gaji, kita perlu bertanggungjawab pada masa kerja.. Kalau orang perempuan lagilah parah.. Sembahyang zohor 4 rakaat pun sampai setengah jam..

Aku nasihatkan sesapa yg ada kerja tu hargailah kerja anda.. Ada beribu orang diluar sana yg perlukan pekerjaan tapi tak dapat.. Buat sesuatu biarlah ada kualiti.. Janganlah solat & agama dijadikan alasan untuk mengurangkan jam bekerja.. Menjalankan amanah pd tanggungjawab kerja pun satu pahala sebenarnya..